Pasukan PKNS FC hari ini mengumumkan 10 muka baharu yang bakal menyertai pasukan lembah kelang tersebut.

Antara sembilan pemain tersebut, dua daripadanya mereka adalah bekas pemain Sarawak FA, yakni Boby Gonzales, dan K Gurusamy.

Selain daripada Bobby dan Gurusamy, pasukan PKNS FC juga mengumumkan pengambilan Azmi Muslim (dari Selangor), Zamir Selamat (dari Perak), Affizee Mamat (dari Terengganu), Fauzan Dzulkifli (dari Pulau Pinang), Khyril Muhymeen (dari Air Asia), Sabri Mat Abu (dari Kedah) dan S Sivanesan (dari Felda United).

Menurut laman Facebook PKNS FC, kesemua sembilan pemain telah memulakan latihan rasmi bersama PKNS semalam, dengan seorang lagi pemain, Azmizi Azmi, belum turut berlatih sungguhpun sudah menyertai PKNS.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

5 COMMENTS

Comments are closed.