Home Malaysian football Jawatankuasa Eksekutif FAM tolak peletakan jawatan presiden

Jawatankuasa Eksekutif FAM tolak peletakan jawatan presiden

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebulat suara menolak permohonan peletakan jawatan Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dan pada masa yang sama mempercepatkan pemilihan baharu bagi semua jawatan di dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM kepada tahun hadapan, berbanding tarikh asal yang ditetapkan pada 2018.

Selain daripada itu, enam perkara lain turut diputuskan pada penghujung menyuarat hari ini:

  1. Mandat dikembalikan semula kepada ahli-ahli gabungan FAM untuk menentukan kepimpinan baharu Jawatankuasa Eksekutif FAM pada kongres tahunan 2017 itu.
  2. Pihak sekretariat FAM diminta untuk mengemukakan cadangan tarikh yang sesuai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan datang untuk diadakan kongres pemilihan pada tahun 2017 itu mengikut proses dan peraturan yang ditetapkan dalam Statut FAM.
  3. Barisan kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif FAM sedia ada yang telah dipilih pada kongres tahunan 2014 akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga pemilihan baharu pada kongres tahunan 2017.
  4. Pemilihan baharu tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana pada baki tahun 2016 ini masih terdapat gerak kerja dan agenda yang perlu dilaksanakan dan diselesaikan termasuk skuad kebangsaan bakal menghadapi Piala Suzuki AFF 2016 pada November ini.
  5. Sementara itu, berhubung isu pembatalan Malaysia sebagai tuan rumah Kongres Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), jawatankuasa ingin menegaskan bahawa pembatalan berkenaan tiada langsung kaitan dengan isu dalaman FAM seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya ia lebih kepada faktor keselamatan dan sebagainya.
  6. FAM terpaksa menulis surat penarikan diri sebagai tuan rumah Kongres FIFA 2017 pada 25 Julai lalu selepas mendapat nasihat dan saranan daripada Kerajaan Malaysia di atas faktor-faktor keselamatan dan sebagainya dan pihak FIFA telah mengesahkannya pada 9 Ogos lalu.
Previous articlePiala Malaysia: David puas hati dengan persembahan pemain muda
Next articleLiga Super: Penalti Liridon benam Sarawak di Darul Aman

9 COMMENTS

Comments are closed.