Gol hasil jaringan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC), Safawi Rasid telah dinobatkan sebagai jaringan gol paling hebat pada dekad ini dalam kejohanan Liga Juara – juara AFC.

Tendangan lencongan Safawi dilakukan semasa pasukan tersebut menentang pasukan Shandong Luneng pada 9 April tahun lalu.

Safawi yang mengelecek bola pada ketika itu telah cuba melepaskan diri daripada pertahanan Shandong, sebelum beliau melepaskan satu tendangan lencong yang memberikan JDT FC gol tunggal pasukan tersebut.

Jaringan Safawi itu menewaskan dua puluh lagi jaringan yang terpilih sebagai finalis, dengan penyerang JDT itu mendapat 34 peratus daripada jumlah undian.

“Beratus ribu peminat bola sepak telah mengundi untuk jaringan terbaik sebelum 20 finalist dipilih” lapor the-AFC.

Jika anda terlepas jaringan Safawi, saksikan dibawah.