Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais mahu pasukan Sarawak United FC mendapat keputusan positif dalam perlawanan menentang Kuching City hujung minggu ini kelak.

Sarawak United yang setakat ini belum tewas selepas Liga Malaysia bersambung, bakal berkunjung menentang pasukan ‘adik’nya di STadium Negeri pada 12 September di Stadium Negeri.

Keputusan positif, yang boleh diibaratkan sebagai kemenangan sudah pasti akan membantu pasukan Sarawak United untuk naik ke atas liga lagi.

Menurut Posa perlawanan Sabtu ini sememangnya akan menjadi tumpuan ramai, dan dia mahukan pasukan Sarawak United mendapatkan mata dari perlawanan tersebut.

“Perlawanan yang boleh diibaratkan ‘abang adik’ hujung minggu ini sememangnya menjadi tumpuan. Saya harap pemain dapat terus konsisten agar usaha untuk mencetakkeputusan positif sekaligus beroleh sebarang mata direalisasikan” kata Posa kepada Suara Sarawak.

Di atas kertas Sarawak United jelas mempunyai kelebihan dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman berbanding Kuching City.

Malahan, kedudukan Sarawak United juga lebih tinggi di Liga Premier dengan pasukan bimbingan E Elavarasan itu kini di tangga ke-10, berbanding Kuching yang masih lagi mencari kemenangan pertama, dan terperuk di kedudukan terakhir liga.

PKedua – dua pasukan akan bertemu buat kali kedua di dalam Liga Malaysia selepas mencatat keputusan seri pada awal musim lalu.