Jangan potong gaji. PFAM mahu kontrak pemain dihormati

Pihak Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu gaji pemain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia.

Dalam kenyataan 26 poin itu, PFAM mengakui bahawa pandemik COVID-19 adalh sesuatu keadaan yang diluar jangkaan dan impak PKP adalah cukup besar kepada kehidupan warga Malaysia, termasuk pemain bola sepak.

PFAM walaubagiamanapun tidak bersetuju dengan pendekatan dan cadangan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) yang meminta agar setiap pihak bertolak ansur demi menjaga kestabilan kewangan kelab

Mengulas lanjut, PFAM menyatakan bahawa mereka “berpendirian bahawa kontrak perlu dihormati dan dipatuhi sepertimana yang dipersetujui terutamanya berhubung isu pembayaran gaji.”

PFAM mengakui bahawa pemain terkesan dengan PKP, dan hadir hakikat bahawa ada berlaku penambahan kos dalam kehidupan seharian pemain sambil menambah bahawa hadir keperluan mendapatkan gaji pada waktu ini.

Persatuan yang mewakili hampir semua pemain bola sepak Malaysia itu seterusnya menyatakan bahawa “adalah sangat tidak adil, menjadikan para pemain sebagai ‘mangsa’ untuk survivaliti kewangan pasukan.”

Sebelum ini beberapa pasukan Liga Malaysia telah mengeluarkan cadangan mahu memotong gaji pemain susulan PKP yang mengakibatkan pasukan mereka kehilangan sumber kewangan sepanjang Liga Malaysia ditangguhkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top