PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penukaran venue tuan rumah Kuching City ke Pasir Gudang bukan sesuatu yang diduga dengan pasukan dari Sarawak itu terpaksa berusaha mencari stadium yang boleh menerima kehadirannya untuk baki semua perlawanan Liga Premier yang akan diharunginya.

Menurut katua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, pihak pengurusan kelabnya terpaksa berusaha mencari stadium untuk membolehkan pasukannya bermain di Semenanjung Malaysia selepas menyedari situasi kekangan perjalanan dan peraturan ekoran Prosedur Standard Operasi Covid-19 Sarawak yang ketat dilihat bakal mengganggu perjalanan penjadualan perlawanan pasukan tersebut.

Promosi RM1

Sungguhpun demikian, carian stadium untuk dijadikan gelanggang ‘home’ bagi kelab tersebut didapati sukar sehingga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) bersetuju meminjamkan Stadium Pasir Gudang kepada pasukan The Cats itu.

Dalam pada itu, Irfan berharap Pasir Gudang akan membawa tuah kepada pasukan bimbingannya.

“Saya harap Pasir Gudang akan membawa tuah sebagai venue ‘home’ kami.” kata Irfan apabila mengulas berkenaan siatuasi pasukannya selepas perlawanan menentang Kelantan malam tadi.

“Semua main home. Home kami di sinilah, Pasir Gudang. Kami akan main di sini sehingga Piala Malaysia, jadi dua bulan lebih.

“Saya yakin yang kami boleh come back walaupun dua puluh perlawanan ni kami main di luar.

“Sekarang ni saya bagitahu budak anggaplah Pasir Gudang ni home ground.

“Terima kasihlah kepada TMJ kerana memberi kami bermain di sini kerana kami cari stadium di Kuala Lumpur tak boleh, di Selangor tak boleh, di Negeri Sembilan tak boleh, dan bila dihubungi JDT, Alhamdulilah dapat.” jelas Irfan lagi.

Kuching City telah bersetuju untuk memindahkan semua perlawanan tempat sendirinya dalam Liga Malaysia ke Stadium Pasir Gudang sehingga tamat musim ini selepas didapati pasukan tersebut masih mempunyai enam perlawanan dalam tangan.