Kelab Liga Super Sarawak United telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan rekaan jersi Sarawak United 2022 terbaharu mereka pada hari Khamis ini, 3 Mac 2022.
Menurut perkongsian di laman sosial rasmi mereka, jersi tersebut akan dilancarkan pada jam 7.30PM di sebuah pasaraya di Petra Jaya, Kuching.
Jersi Sarawak United 2022
Rekaan jersi terbaharu untuk kelab juga sedikit tertiris di laman rasminya, dengan warna hitam, merah dan kuning menjadi antara warna utama jersi kelab tersebut.
Jika warna tahun lepas menjadi ikutan, jersi utama kelab ini akan kekal hitam dengan warna merah dan kuning hanya diletakkan sebagai jalur di lengan jersi tersebut.
Biarpun demikian, tirisan kali ini juga menampilkan jersi utama ini akan agak berlainan dengan jersi musim lepas, dimana Joma kali ini dijangka akan turut meletakkan corak Dayak di dalam rekaan jersi tersebut.
Bagi yang mahu membeli jersi tersebut, anda dijangka boleh mencari dan membelinya di Shopee pada hari pelancaran.
>> BELI JERSI SARAWAK UNITED FC
Sementara itu, satu lagi kelab yang bertapak di Kuching, Kuching City, telahpun melancarkan jersi mereka pada awal bulan lalu dan anda boleh melihatnya di sini.
Selain itu, seteru setempat Sarawak United, yakni Sabah, telah juga menampilkan jersi ‘My Skin’ beberapa minggu lalu.
Anda boleh melihat dan membeli jersi My Skin Sabah di sini.