LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Liga Super dilihat ‘bertuah’ kerana berjaya menambat seorang pemain import berkualiti dalam Boris Kok.

Boris yang merupakan pemain berdarah kacukan Perancis – Cambodia (Kemboja) merupakan pemain pertahanan berusia 30 tahun yang dipandang tinggi di negara kelahirannya.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut laporan media tempatan Kemboja khmertimeskh, Boris teruja dengan kesempatan bermain bersama Sarawak United.

“Saya akan meninggalkan Liga Premier Kemboja untuk Liga Super Malaysia. Saya sangat teruja untuk menyertai keluarga Sarawak United dan bermain di Malaysia” kata Boris kepada khmertimeskh.

Boris telah bermain dalam liga Kemboja sesak 2012 dimana beliau telah bermain dengan pasukan utama Phnom Penh Crown FC, dan membantu pasukan tersebut memenangi kejuaraan liga musim lalu.

Boris dalam pada itu berkata pasukan lamanya itu akan terus abadi dalam hatinya, biarpun beliau beranggapan bahawa kedatangannya ke Malaysia adalah sebagai wakil negaranya di Malaysia.

“Phnom Penh Crown FC akan selamanya berada di dalam hati saya. hari ini, saya membuka buku baharu dalam kehidupan saya dan saya berharap saya akan mampu mewakili Kemboja di Malaysia” kata Boris.

Sebelum bersama Phnom Penh Crown, Boris juga telah bermain bersama kelab – kelab Perancis seperti AS Nancy Lorraine, Jarville JF, US Vandoeuvre, FC Toul dan Nancy Olympic.

Beliau juga merupakan pemain kebangsaan Kemboja pada 2015.

Kehadiran Boris dalam kem Sarawak United telah diumumkan secara rasmi oleh kelab tersebut.