Suka atau tidak kita harus mengakui kehebatan JDT. Memenangi Liga Super cukup sukar tetapi untuk mempertahankannya 5 kali berturut-turut adalah perkara yang luar biasa.
Mungkin ramai yang mencemuh namun sedarlah ada lima perkara yang memungkinkan kejayaan mereka ini.
5 faktor ini merupakan tunjang kekuatan pasukan JDT.
Pertama mereka mempunyai benteng yang cukup kebal. “Defence is a good offence” adalah kata-kata keramat dalam bola sepak. Tahun ini JDT hanya bolos 9 gol dari 21 perlawanan liga dan ini sudah cukup membantu mereka mencapai kejuaraan.
Faktor kedua adalah konsistensi. Mereka cukup konsisten dalam liga. Menang 9 perlawanan berturut-turut dengan rotasi pemain jelas menunjukkan kemampuan pasukan ini beraksi dengam konsisten walau siapa pun diturunkan.
Selain itu, mereka juga tidak hanya bergantung kepada seorang ayam tambatan sahaja. Pemain import yang gagal berjaya ditampung dengan baik oleh pemain tempatan. Pemain muda diberi peluang bermain di peringkat Asia dan ini indikator yang cukup bagus.
Keharmonian di bilik persalinan juga adalah faktor yang membantu. Tindakan disiplin akan diambil kepada pemain yang culas dilihat membantu pasukan menyediakan pemain yang berdisiplin dan harmoni umpama sebuah keluarga.
Faktor paling utama dalam perjuangan JDT adalah mereka berkongsi visi dan misi yang sama di antara pemilik, pengurusan, pemain dan penyokong. Mereka bergerak ke arah misi yang sama bersama-sama dan tidak lagi menoleh kebelakang semenjak itu.
Oleh itu kepada pasukan lain, seperti Sarawak FA, jika anda ingin berjaya, anda perlu mengikut DNA bola sepak JDT ini.
Tirulah tahap profesionalime mereka, dan bukan meniru tahap perbelanjaan mereka. – SARAWAKCROCS.COM/JJF
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Kalau swk nk tebilang gemilang di seluruh dunia dana bajet jgn kurang.kenapa swk tk tebilang sbb dri segi dana kewangan.
Nombor satu duit $$$$$$ banyak masuk. Lain fikir dudi dolok.
Sarawak tiada tokoh yg mcm TMJ,sepenuh masa dgn bolasepak..yg ada skrg cuma mcm buat kerja parttime,sbb ada komitmen yg lbh prnting lagi..(2) semua perlukan DUIT
semuanya $$$$$
Iboh aja lh….mun duit sik tauk sine tuju….ada sponsor…pakey sponsor diri empun bukan sponsor utk team….kedak nie maok kedepan….nya kedak ya aja
Mun team sarawak menang sorg dpt bonus RM20k…ataupn 1 score RM2K…mdh aja..tu contoh aja..huhu.
TOk mesti kaki Football Manager heheheh… Goal bonus heheh
Dana pun boleh hilang
duit banyak pun xmenjamin kejayaan mun x pande mengurus nya..bagi saya lh, mun benar2 mok kejayaan..pengurusan kena betul bukan setakat duit..presiden kenak pande cari sponsor, bkn merik alasan team xda dana..lepas ya mun dah ada bajet ya..jgn dibazir utk beli player jk..upgrade fasiliti, tmpt training, upgrade stadium, dpt coach, sporting director, scouting yang terbaik..baru boleh maju..mun setakat bazir beli player tp bnda lain gk mundur..xda guna jwk..xprcaya tgga lh team2 lain di liga kita…borong lh byk2 pemain mun bnda kdk ya xda..memang susah mok maju…jdt berjaya sebab semua aspek sda nya complete..bkn stakat player bagus jk, pengurusan bagus, presiden bagus, tmpt training bagus, fasiliti pun bagus, coach2 xprlu pdh lh..
kenapa tak belajar dgn club2 ebgland mcm mana nak uruskan kewangan…
Money come saja
hahhahahahaha.susah nk mdh team kita tok
Robert albert dapat mbak team nya no 1 dlm liga 1 indonesia. Dolok siapa kenal ngan psm makasar.