Kegagalan memenfaatkan sepenuhnya perlawanan – perlawanan sebelum ini merupakan antara punca pasukan Sarawak United gagal ke Piala Malaysia.

Ketua jurulatih Sarawak United, E Elavarasan yang ditemui pemberita selepas perlawanan menyatakan beliau gembira Sarawak United berjaya mengutip mata penuh malam tadi apabila menewaskan Negeri Sembilan.

“Tahniah kepada pasukan Sarawak walaupun ini perlawanan terakhir. Kita perlukan kemenangan, tetapi pasukan lain juga memperolehi kemenangan. Walaupun ini perlawanan terakhir, bagus kita dapat kemenangan dan yang paling penting kita dapat tiga mata.” kata Elavarasan kepada pemberita selepas pasukannya menewaskan Negeri Sembilan.

Sungguhpun demikian, Elavarasen agak terkilan pasukannya gagal ke Piala Malaysia dan mengatakan bahawa kegagalan pasukan beliau kerana pesukannya memanfaatkan peluang – peluang pada perlawanan sebelum ini menjadi dalang pasukan bimbingannya tidak dapat layak ke pertandingan berprestij tersebut.

“Nasib kita tak berapa bagus kerana kita tidak guna peluang awal di perlawanan sebelum ini untuk menang, jadi kita tidak dapat layak ke Piala Malaysia”. katanya lagi.

Sarawak United naik ke anak tangga ke-10 selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan malam tadi, namun hasrat untuk menyelinap masuk ke Piala Malaysia tidak kesampaian apabila mereka dua pasukan lagi, UKM FC dan Kelantan United, berjaya mengatasi lawan masing – masing.

Dengan kegagalan melayakkan diri ke Piala Malaysia, Sarawak United kini boleh mula merancang akan musim 2021 lebih awal.