KUCHING – Harapan peminat bolasepak Sarawak menyaksikan pasukan kesayangan mereka, Sarawak FA, terus kekal di Liga Super pada musim 2018 dilihat semakin menipis selepas pasukan bimbingan Pengiran Bala itu membenarkan Melaka United memungut mata penuh di dalam perlawanan Liga Suuper malam tadi.
Melaka United yang sebelum ini di dalam zon berbahaya, berjaya melonjakkan diri keluar daripada kelompok dua pasukan terbawah liga apabila menewaskan Sarawak 4-2 di dalam perlawanan yang menyaksikan Sarawak FA mendahului pada awal perlawanan.
Sungguhpun demikian, Melaka United berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa sepuluh minit pada babak pertama, dan satu gol pada minit akhir perlawanan untuk memastikan kemenangan bergaya mereka ke atas pasukan dari Kuching itu.
Kekalahan Sarawak FA ke atas Melaka United memberi bayangan bahawa Sarawak FA kini menghadapi krisis prestasi buruk, dan dilihat tidak akan mampu melonjakkan diri dari kerana Melaka United adalah antara satu daripada pasukan setara dengan Sarawak FA.
Dalam pada itu, peminat Sarawak malam tadi telah secara amnya menerima kenyataan Sarawak FA akan ke Liga Premier pada musim 2018, sekaligus memberi bayangan jelas bahawa keyakinan mereka terhadap pasukan sudah tiada, dan harapan mereka untuk sebarang kejayaan pada musim ini sudahpun pudar. – sarawakcrocs.com