11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain berpengalaman Kuching City, Joseph kalang Tie tidak mahu memikirkan hakikat Kuching City terpaksa melalui 12 perlawanan dalam tempoh enam minggu ekoran rombakan jadual perlawanan, kesan jangkitan COVID-19.

Malah, pemain kelahiran Sarawak menekankan pemain-pemain Kuching City tidak perlu merasa merendah diri dengan reputasi serta nama-nama besar dimiliki pasukan lain dalam Kumpulan B.

SHOPEE

Beliau dilaporkan berkata bahawa pengalaman antara semua pasukan dalam Kumpulan B tidaklah terlalu jauh, dan hanya mentaliti pemain sahaja yang akan membezakan pasukan.

// DAPATKAN TOPI FANS EDITION KUCHING CITY

“ Berdasarkan pengalaman, sebenarnya prestasi antara semua pasukan tidak berada terlalu jauh cuma ada kalanya mentaliti sahaja yang membezakan.

“ Sebagai contoh, jika berdepan dengan pasukan yang punyai reputasi besar seperti Terengganu dan Selangor, ada kalanya timbul perasaan terlalu rasa hormat yang membuatkan mereka sukar berikan saingan.

“ Jadi, pemain-pemain perlu percaya atas kemampuan diri sendiri yang mereka boleh menang jika tampil prestasi terbaik pada hari perlawanan.

“ Selepas musim lalu berjaya cipta sejarah ke Piala Malaysia (kejohanan dibatalkan ekoran COVID-19), saya harap kali ini kami mampu melakar sesuatu yang lebih bermakna buat Kuching City, ” katanya. – MFL