11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Tempoh rehat selama sebulan bakal digunakan sepenuhnya Kuching City FC dalam membina semula kekuatan pasukan bagi menempuh baki persaingan TM Piala Malaysia selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan awal Kumpulan B.

Pertahanan berpengalaman, Rames Lai Ben Huat, berkata, selepas melalui tempoh jadual perlawanan yang padat sejak dari saingan Liga Premier, dia melihat mereka mampu lebih bersedia dari segi kecergasan dan mental untuk terus berikan saingan.

SHOPEE

Tambahnya, mereka menghormati kekuatan serta reputasi Terengganu FC dan Selangor FC tetapi menjelaskan tiada apa yang mustahil dalam saingan TM Piala Malaysia yang setakat ini memperlihatkan beberapa kejutan membabitkan pasukan pilihan.

// DAPATKAN MOVIE POSTER BESAR UNTUK BILIK ANDA

“ Dua perlawanan yang dilalui memperlihatkan kualiti yang dimiliki kami sebenarnya tidak berada jauh dengan pasukan di Liga Super malah kami hampir sebenarnya mampu menang semasa dengan Perak.

“ Sayang sekali kami melepaskan jaringan pada 10 minit terakhir perlawanan, jika tidak kami sudah meraih tiga mata yang berharga serta kejayaan sulung kami di Piala Malaysia.

“ Bagi perlawanan dengan Selangor nanti, saya rasakan pemain-pemain dijangka tampil lebih bersemangat lagi selepas mendapat tempoh rehat secukupnya dan kami sedia berikan kejutan kepada sesiapa sahaja yang kami temui.

“ Dalam saingan Piala Malaysia, peluang semua pasukan sebenarnya adalah terbuka dan saya rasa kami tidak perlu rasa gentar dengan mana-mana pasukan yang akan ditemui terutama Terengganu atau Selangor, ” katanya.

Pencapaian terbaik pemain berusia 41 tahun berkenaan setakat ini di Piala Malaysia adalah di peringkat separuh akhir pada musim 2013 bersama Sarawak. – MFL