11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Liga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) – Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021, atau nama timangannya, Liga Sarawak, yang telah ditunda ekoran pandemik Covid-19 akan disambung semula dalam masa terdekat.

Akhbar tempatan memetik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Dr Ong Kong Swee sebagai berkata bahawa tarikh baharu untuk memulakan semula liga tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat, namun hadir kemungkinan ianya akan dimulakan Oktober kelak.

SHOPEE

Turut dilaporkan dalam media tempatan adalah pertimbangan pihak penganjur terhadap penambahbaikan prosedur operasi standart (SOP) yang akan diguna pakai sepanjang Liga Sarawak bersambung kelak.

// Beli Basikal Road Bike Murah

Liga Sarawak telah bermula pada Mac 2021 dan ianya menghimpunkan 11 pasukan dari hampir seluruh bahagian di Sarawak, kecuali Limbang.

Ianya dibahagikan kepada tiga zon, yakni Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan.

Pasukan pilihan dilihat kebanyakannya dari Zon Selatan yang menampilkan pasukan dari dua kelab bola sepak profesional yakni Sarawak United dan Kuching City.