“Hanya tiga pemain bukan Sarawak kekal” – David Usop

David Usop hari ini dilaporkan menyatakan bahawa hanya tiga pemain warganegara Malaysia, yang bukan anak Sarawak, dikekalkan untuk musim hadapan.

Menurut Utusan Borneo, mereka adalah pemain pertahanan Ronny Harun, Ramesh Lai serta penjaga gol Shahril Sa’ari.

Dengan kenyataan tersebut, maka sahlah bahawa Sarawak telah menamatkan khidmat penjaga gol Iqbal Suhaimi, pemain pertahanan K. Thanaraj dan Riduwan Maon, pemain tengah Mohd Akmal, J Partiban dan K Gurusamy, serta pemain penyerang Syahrul Azwari.

Pemergian tujuh pemain yang bersasal dari Semenanjung Malaysia itu sekaligus menyaksikan pasukan Sarawak pada musim 2017 bakal dirombak hampir 60%, terutama sekali apabila David turut mendedahkan bahawa semua pemain import pasukannya akan dilepaskan.

Walaubagaimanapun tambah David, Teah Dennis diberi peluang untuk mencuba nasib dan bersaing bagi mengisi kekosongan yang sedia ada. Ini bertepatan dengan jangkaan apabila hanya Teah sahaja dilihat turun berlatih bersama pasukan kelmarin.

Sebelum ini, sudah banyak kali dinyatakan bahawa pasukan bimbingan David akan mengutamakan anak watan Sarawak, namun kata-kata Ketua Jurulatih Sarawak kali ini adalah indikasi paling besar berkenaan hala tuju pasukan Bujang Senang musim hadapan.

Untuk rumusan perpindahan terkini pasukan Sarawak, sila ke laman ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top