Sarawak hanya perlu menang dua perlawanan Liga Super untuk terus kekal di Liga Super. Begitulah kenyataan Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berkenaan kedudukan pasukan Sarawak kini yang semakin hari, semakin terjerumus ke zon penyingkiran Liga terbaik di Malaysia.
Menurut David, pasukan bimbingannya kini tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memenangi dua perlawanan daripada baki empat yang mereka perlu harungi.
David turut menggesa anak buahnya memanfaatkan sepenuhkan tiga daripada perlawanan tersebut kerana ianya akan dimainkan di halaman sendiri.
Sarawak kini berdepan tersingkir ke Liga Premier musim hadapan selepas terus mengalami kekalahan di Liga Super Selasa lalu, sekaligus menyaksikan pasukan dari Kuching itu kini di tangga ke-10 dengan 18 mata.