Hantaran ‘bola panjang’ Perak perlu disekat

Sarawak perlu mematahkan serangan bola panjang yang sering dibuat pemain Perak jika ingin memperolehi keputusan baik malam ini ujar Robert Alberts di dalam satu temubual bersama akhbar tempatan.

Menurut jurulatih kelahiran Belanda itu, Sarawak gagal mengekang hantaran bola panjang yang dilakukan pemain Perak pada Sabtu lalu dan ini telah menyebabkan Sarawak sukar mengawal tempo perlawanan.

Jurulatih berpengalaman itu turut menegaskan bahawa Perak adalah satu pasukan yang baik dan seimbang, dan mereka bukanlah lawan yang mudah. Ini ditambahkan lagi dengan kehebatan awang import milik Perak yang menambahkan lagi sengat skuad Seladang.

Sungguhpun demikian, Robert yakin bahawa tekanan untuk menang kali ini kini di dalam tangan pasukan Perak kerana mereka akan bermain di tempat sendiri. Menurut Robert lagi, tekanan tersebut akan menyebabkan Perak lebih fokus kepada menyerang, dan membuka ruang di bahagian pertahanan. Ini menurut Robert, sekaligus membolehkan pasukan bimbingannya memanipulasi ruangan yang ada bagi menjaringkan gol.

Sarawak akan bertemu Perak malam ini di mana tayangan akan disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 9:45PM.

Sumber: NST

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top