Home Malaysian football Ramesh Lai dan Ronny tidak akan diturunkan malam ini

Ramesh Lai dan Ronny tidak akan diturunkan malam ini

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts menyatakan beliau tidak dapat menurunkan dua pemain pertahanan kebal beliau malam ini yaitu Ronny Harun dan Ramesh Lai. Sarawak dijangka bertemu Perak di Ipoh pada jam 10 malam nanti.

Kedua-dua pemain senior Sarawak tersebut dikatakan kini cedera dan Robert akan terus mengharapkan pemain muda seperti Mazwandy Zakeria menyinar di bahagian pertahanan.

Turut tidak akan diturunkan malam ini adalah pemain penyerang Shreen Tambi yang dikatakan menhadapi kecederaan kaki.

Sungguhpun demikian, pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie akan diturunkan di dalam kesebelasan utama Sarawak selepas beliau dilaporkan sudah hampir pulih.

Sarawak perlu mengalahkan Perak malam ini bagi memastikan mereka kembali bersaing di dalam Liga Super musim ini.

Sumber NST

RECOMENDED LINKS: