Seorang peminat bernama Ziq Gaucho telah menghubungi pihak Sarawak Crocs bagi berkongsi informasi berkenaan kelebihan tiket bermusim yang dijual Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Menurut Ziq, beliau telah menghubungi pihak pengendali tiket ‘online’ Sarawak (TiketPanas) yang mana telah sudi berkongsi sedikit maklumat berkenaan kelebihan pembelian tiket bermusim.

Antaranya adalah
– Jaminan kemasukan ke stadium bagi setiap perlawanan di Stadium Negeri
– Kemudahan pengambilan tiket dengan menggunakan kaedah ‘Touch Card & Pin’, tanpa menggunakan kad pengenalan.
– Kemudahan mengambil tiket untuk saudara yang juga memiliki pass bermusim (kad bermusim) yang beroperasi seperti mesin ATM.
– Tidak perlu berebut untuk mendapatkan tiket, khususnya untuk perlawanan panas.

Menurut pihak TiketPanas, caj tambahan bagi setiap pembelian ‘online’ juga terpaksa diadakan kerana ianya juga melibatkan kerja-kerja pengagihan tiket sebenar semasa setiap perlawanan diadakan. Tambah mereka, caj ini, jika ditambah dengan caj transaksi perbankan, telahpun diletakkan pada harga terendah yang mampu di mana pihak TiketPanas dan FAS tidak ada mengambil untung sekalipun melalui caj ini.

TiketPanas dalam pada itu turut menyatakan bahawa pembeli tiket bermusim dikenakan kadar caj yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pembeli tiket secara berasingan (mengikut perlawanan), dan kos caj tambahan yang dikenakan kepada pemegang tiket bermusim sebenarnya tidak cukup untuk menampung kos kerja-kerja pengagihan dan penyelenggaraan yang sudah sedia ada.

Maklum balas pihak TiketPanas kepada saudara Ziq boleh dikatakan merupakan jawapan secara tidak langsung kepada hasil tulisan editor SarawakCrocs.com yang mana telah mempersoalkan kenapa pihak FAS tidak memberi keistimewaan kepada pemegang pas bermusim Sarawak.

Sungguhpun demikian, pihak SarawakCrocs.com difahamkan bahawa semua perancangan FAS dan TiketPanas untuk pemegang tiket bermusim akan hanya beroperasi sepenuhnya apabila kad bermusim elektronik siap sepenuhnya.

Dapatkan barangan khas bolasepak Malaysia: OttersNation | Eheart Charms & Crafts | Maharani