Dengan pelantikan Dato Hajjah Hanifah Taib sebagai Penasihat Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kelmarin,  timbul kini ura-ura bahawa bakal presiden FAS akan dilantik dari kalangan kaum hawa.

Perkhabaran ini bukanlah sesuatu yang baharu apabila pihak SarawakCrocs telah dimaklumkan oleh satu sumber dalaman bahawa wujud kemungkinan isteri Ketua Menteri Sarawak,  Datin Jamilah Anu dilantik ke jawatan panas tersebut suatu ketika dahulu.

Sungguhpun demikian, berita tersebut tidak kami khabarkan kerana bukti amat berkurangan, dan tiada indikasi khusus yang menunjukkan FAS akan melantik beliau pada ketika itu.

Namun, situasi kini dilihat amat berubah dengan pelantikan Hanifah sebagai penasihat FAS yang baharu.

Hanifah dikatakan meminati sukan bolasepak, dan hubungan beliau dengan Jamilah dikatakan baik, sekaligus memberi sedikit kemungkinan bahawa Jamilah mungkin akan menerima jawatan tersebut sekiranya dicalonkan.

Umum juga tahu bahawa ramai peminat bolasepak Sarawak mahukan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjadi presiden FAS yang baharu, namun dengan beban tugas beliau yang padat, pelantikan sedemikian dilihat tidak akan berlaku.

Namun, pelantikan Jamilah ke kerusi panas tersebut sudah pasti akan turut disambut baik oleh segenap peminat Bujang Senang kerana ramai tahu, dan beranggapan Jamilah akan mampu menumpukan perhatian beliau sepenuhnya kepada memperhebatkan FAS.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, semua nama yang disebut hanyalah spekulasi dengan hanya exco FAS mengetahui siapakan yang bakal mereka lantik sebagai pengganti Datu Sudarsono Osman.

21 COMMENTS

  1. Revolusi secara Total Swk 2017…
    President Club Jdt Tunku Aminah, sokong 100% Datuk Hanifah Tun Taim pemilik Swk FC merangkap Presiden 2017. Diharap perubahaan besar2an kem Swk kelak setanding Jdt….

  2. Dtk Hanifah tidak mahu melihat Sarawak rebah …. Kmk semua pun x maok juak, harap pengurusan kali tok berik lah peluang kepada nembiak local kita menimba pengalaman…dan mmg benar bukan mudah nak dpt kejuaraan dgn sekelip mata namun usaha merealisasikan pembangunan bolasepak kita biarlah logik dan sistematik

  3. Kenapa tak ambil jalil ramli utk jawatan presiden fas… tak guan kalau setakat minat tapi tak mengetahui apa keperluan yang dikehendaki utk bola sepak sarawak.. hanya orang yang berpengalaman tahu macam mana nak maju suka bola sepak macam negara luar yang sememangnya terkenal sekarang ni.. ada perancis lantik anak menteri utk jawatk tersebut ataupun negara yang sememangnya terkenal dengan kemajuan bolasepak mereka dengan orang yang takde nama dalam sukan tersebut.. fikirkanlah.. bukan jawatan yang melibatkan nama besar tapi cukup utk yg pernah terlibat dengan sukan ini.. itu sudah memadai.. maaflah itu sekadar pendapat saya yg sygkan sukan ini.. kalau masih dipolitikkkan bolasepak sarawak takkan kemana..

  4. Hrp pgurusan,plyer2 yg dplih,tjukn bkat yg bleh mmbawa srwak smkin kuat,bleh mmbwa srwk bjya dlm arena bla spak,,pmain import yg dplih biarlh bgus,tbik hormt kpd presiden bla spk srwak bru..

  5. Persatuan bolasepak profesional mesti ada sumber kewangan yang optimum untuk menguruskan pasukan dan pemain selain dari pengurusan dan jurulatih yang berkesan supaya tidak menjadi sebuah persatuan bolasepak yang cuma menggilap pemain baru bila pemain sudah berjaya pasukan yang ada wang akan ambil mereka untuk beraksi dan mencapai kegemilangan.

    Sampai bila bilapun Sarawak tidak akan berjaya dalam kancah bolasepak Malaysia apatah lagi untuk menggapai piala yang tertinggi di Malaysia iaitu piala Malaysia.

Comments are closed.