Susulan artikel berkenaan status pemain Bujang Senang bagi musim hadapan ini, pihak SarawakCrocs telah dihubungi oleh pihak berpengetahuan berkenaan status kontrak pemain Sarawak.
Menurut sumber tersebut, hampir semua pemain import tempatan yang berkhidmat untuk skuad Bujang Senang pada musim ini tidak akan mendapat lanjutan kontrak. Sumber ini wqalaubagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain yang digugurkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Dalam pada itu, FAS telah mula mencari bakat baharu di kalangan pemain tempatan Sarawak dengan memanggil sembilan anak muda dari Bahagian Kuching, Betong, Sarikei, Limbang dan Kapit.
Langkah FAS melepaskan pemain bukan Sarawak, dan mula mencari bakat muda baharu di kalangan pemain bolasepak Sarawak adalah selaras dengan harapan janji exco FAS yang baharu, yang telah menegaskan bahawa mereka ingin membawa lebih banyak pemain anak jati untuk mewakili pasukan Bujang Senang.
Untuk rumusan terkini berkenaan perpindahan pemain Sarawak, sila rujuk ke sini.