Hala tuju FAS ditentukan hujung bulan ini

Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) khabarnya akan diadakan pada 27 Oktober ini.

Pihak kami tidak dapat mengesahkannya, namun laporan akhbar Utusan Borneo menyebut bahawa mesyuarat pemilihan akan dibuat di Limbang.

Berdasarkan pemahaman kami, pada mesyuarat ini jawatan-jawatan penting akan dipertandingkan yang mana akan menentukan hala tuju bolasepak Sarawak untuk musim akan datang.

Buat masa ini, Presiden FAS adalah Posa Majais dan beliau dikatakan tidak akan mempunyai banyak masalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai presiden FAS untuk semusim lagi.

Lain-lain jawatan tertinggi FAS yang diketahui mengikut kenyataan SarawakVoice pada Januari lalu adalah:

Naib Presiden: Razali Dolhan
Setiausaha Agung: Jeffery Lana
Bendahari: Abang Abdul Rahman Abang Naim

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top