Home Malaysian football RASMI: Sarawak United ikat Lee Chang Hoon, Sandro Mendoca dan Taylor Regan

RASMI: Sarawak United ikat Lee Chang Hoon, Sandro Mendoca dan Taylor Regan

Kelab bolasepak Sarawak United hari ini mengesahkan pengambilan tiga pemain import baharu.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Sarawak United, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais.

Posa, mengesahkan Sarawak United telah mengikat pemain Australia, Taylor Regan, pemain Korea Selatan, Lee Chang Hoon, dan pemain Brazil, Sandro Mendoca.

Posa juga mengesahkan kemasukan Norshahrul Idlan Talaha ke Sarawak United untuk cabaran musim hadapan.

Ketika mengumumkan senarai pemain yang telah ditandatangani untuk Liga Premier 2021 Posa mengakui tahun 2020 adalah musmi yang sukar.

“2020 merupakan tahun yang sukar bagi SUFC dan kesannya sudah pasti dapat dirasai menjelang musim 2021.

“Justeru, pengurusan Sarawak Unitd telah merangka pelan strategik jangka pendek dengan mengambil kira sasaran daripada para penyokong khususnya rakyat Sarawak yang mahukan Sarawak United untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana atau sekurang-kurangnya naik ke Liga Super 2022.

“Bagi mencapai sasaran itu, kami menyedari kepentingan untuk melipat-gandakan usaha bagi menarik khidmat pemain-pemain yang boleh membantu SUFC naik ke Liga Super 2022” kata Posa lagi.

Penyenaraian ketiga – tiga pemain itu menutup teka – teki pemain import pilihan Sarawak United bagi musim akan datang selepas beberapa nama besar dikaitkan dengan perpindahan ke kelab tersebut sejak awal bulan November lalu.

Untuk rekod, Taylor merupakan pemain pertahanan, Sandro merupakan pemain tengah dan Lee Chang Hoon merupakan pemain penyerang.

RECOMENDED LINKS: