Pemain pertahanan berpengalaman, Mohd Hairol Mokhtar sah tidak akan bersama Kuching City musim hadapan apabila beliau tidak ditawarkan kontrak baharu bersama kelab tersebut.
Hairol memberitahu akhbar tempatan bahawa beliau menerima keputusan tersebut dan mengakui bahawa kecederaan yang dialaminya kini memerlukan waktu lama untuk pulih.
Hairol juga dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bahawa beliau akan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dengan laporan sama memberi bayangan bahawa pemain berusia 37 tahun itu bakal bersara dari bola sepak dan kembali bekerja dengan majikannya Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Hairol merupakan pemain bola sepak kelahiran Sarawak yang cukup terkenal di kalangan peminat bola sepak Sarawak dimana beliau telah bermain dengan pasukan Sarawak FA dan kemudiannya Kuching City FC.
Ketika bersama Sarawak FA, Hairol telah membantu pasukan tersebut menjulang Liga Premier dengan rekod tanpa kalah sepanjang pertandingan.