Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak bersabar berkenaan pemacu keras (pendrive) yang telah diberikan kepada beliau oleh TengKku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Khairy, walaupun beliau telah menerima pendrive tersebut pada hari Jumaat lalu, beliau belum berkesempatan membaca semuanya, kerana dokumen yang terkandung di dalam pendrive tersebut mengandungi 279 muka surat.

Isu pendrive heboh diperkatakan peminat bolasepak Malaysia selepas TMJ mendedahkan bahawa ianya mengandu=ngi bukti dan maklumat berkenaan penyelewengan di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

TMJ telah berkenan menyerahkan pendrive tersebut kepada Khairy pada hari Jumaat lepas, bagi membolehkan Menteri Belia dan Sukan itu mengambil tindakan sewajarnya.

Khairy dalam pada itu berjanji akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya beliau sudah selesai mengkaji intipati dokumen di dalam pendrive tersebut.