Gilmar percaya semangat berpasukan akan bawa Sarawak jauh

Gilmar da Silva Filho bukanlah nama yang asing lagi. Penyerang dari Brazil ini telah berada di Malaysia selama lebih dua musim dan berkhidmat bersama Kelantan musim lepas.

Pihak SarawakCrocs telah berkesempatan menebual Gilmar berkenaan kehidupan beliau di Sarawak dan punca prestasi terumbang ambing beliau sebelum ini.

Menurut Gilmar, kemerosotan prestasi beliau dalam beberapa perlawanan pada awal musim berpunca daripada kecederaan yang dipikulnya.

Walaubagaimanapun, beliau kini sudah pulih sepenuhnya dan berjaya menjaringkan dua gol selepas di dalam dua perlawanan, dengan bantuan rakan sepasukan . Beliau turut mendedahkan bahawa jurulatih Sarawak kini, David Usop adalah seseorang yang mampu memberi keyakinan kepada pemain.
Gilmar FS action
Mengulas lanjut komen tersebut, Gilmar menegaskan Sarawak perlu bermain sebagai satu pasukan jika mahu berjaya. Dia juga bertekad terus berjuang bersama bantuan rakan sepasukannya untuk memastikan Sarawak mampu meraih kegemilangan musim ini. Jika Sarawak berjaya berbuat demikian, Gilmar percaya pasukan Sarawak akan berupaya meletakkan diri di kedudukan lima terbaik Liga Super, dan mungkin memenangi Piala Malaysia.

Gilmar juga menyatakan beliau amat menyenangi kehidupan dan suasana di Kuching yang beliau samakan dengan negara kelahirannya, Brazil.

Munurut Gilmar, peminat di Sarawak juga menakjubkan dan sentiasa tidak putus memberikan beliau kata-kata semangat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top