Gembira dengan keputusan tetapi kecergasan perlu dipertingkatkan

Pasukan Kuching FA kelmarin berjaya memenangi perlawanan pertama Liga FAM mereka dengan menundukkan PBMM-PBMS FC 2-1.

Mengulas keputusan tersebut, Ketua Jurulatih Kuching, Mohd Sharizan Sahari memuji aksi dan fokus pemainnya sambil menyifatkan keputusan tersebut adalah baik sebagai pemangkin kepada perlawanan-perlawanan Liga FAM yang akan datang.

Sharizan yang ditemubual SarawakCrocs selepas perlawanan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘mengembirakan’ dan ianya merupakan tiga mata penting bagi pasukan baharu Kuching FA.

Dalam pada itu beliau akui bahawa pemain beliau nampak agak keletihan pada separuh masa kedua dan nampak sedikit hilang arah pada akhir 20 minit perlawanan, dan beliau akan memberi lebih fokus kepada faktor kecergasan untuk perlawanan menentang Sime Darby FC kelak.

Kemenangan menentang PBMM-PBMS FC kelmarin melonjakkan Kuching ke tangga kedua Liga FAM yang baru memulakan musim 2017 kelmarin.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top