Jurulatih Sarawak Robert Alberts menyatakan bahawa tiga pemain import Sarawak yang cedera sebelum musim Liga Super berakhir bakal diturunkan untuk Piala Malaysia kelak.
Menurut Robert, beliau percaya ketiga-tiga pemain tersebut mampu membantu Sarawak untuk lebih menyengat dalam pertandingan tersebut dan beliau optimis mereka akan boleh diturunkan untuk pertandingan Piala Malaysia yang bakal berlangsung selepas Hari Raya kelak.
Tiga pemian import Sarawak cedera pada pusingan kedua Liga Super dimana Gabor Gyepes dan Hassan Mohammad mengalami kecederaan hamstring, manakala Muamer Salibasic dibelenggu kecederaan di lutut beliau.
Dalam pada itu, adalah diharap bahawa Robert hanya menurunkan pemain yang benar-benar cergas untuk beraksi kerana adalah diperhatikan bahawa wujud kecenderungan Sarawak menurunkan pemain yang kurang cergas di dalam satu-satu perlawanan, dan seterusnya menyebabkan pemain tersebut cedera lebih lama.
Contoh terbaik adalah Gabor dan Muamer yang diturunkan serta merta apabila didapati boleh bermain, dan ini menyebabkan mereka cedera lagi selepas hanya beraksi beberapa perlawanan.
Skuad Bujang Senang akan kembali menjalani latihan bermula 7 Julai ini, sebelum berangkat ke Indonesia bagi mengadakan perlawanan bersama beberapa pasukan di sana.
Sumber: Borneo Post