Bekas pemain pertahanan Sarawak Gabor Gyepes sah menyertai pasukan Soroksar FC yang bermain di Liga Divisyen Kedua Hungary.

Pemain pertahanan yang digemari ramai penyokong Bujang Senang itu telah menjadi agen bebas sejak dilepaskan oleh skuad Bujang Senang pada akhir musim 2014.

Beliau yang pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Portsmouth, pernah dikhabarkan akan kembali menyarung jersi Sarawak pada musim ini, namun khabar tersebut tidak menjadi kenyataan apabila jurulatih Sarawak yang baharu mengambil keputusan menyenaraikan Davide Grassi sebagai pilihan pemain import di bahagian pertahanan Sarawak.

Menurut sumber SarawakCrocs.com, Gabor akan mengenakan jersi bernombor dua di dalam pasukan baharunya.

Gabor dalam perkembangan berkaitan juga turut memuat naik gambar beliau selesai mengikuti kem persediaan pasukan Soroksar FC.