Pihak FMLLP telah mengumumkan pindaan perlawanan bagi Liga Super dan Liga Premier bagi tiga minggu perlawanan bagi membolehkan pasukan Kebangsaan Malaysia membuat persediaan.
Menurut kenyataan FMLLP, tiga perlawanan tersebut adalah dibuat selepas permohonan dibuat pihak Pengurusan Pasukan Kebangsaan.
Di bawah adalah tarikh pindaan perlawanan, serta tarikh baharu bagi minggu perlawanan tersebut.
Pihak FMLLP walaubagaimanapun mengingatkan bahawa sebarang perubahan bagi jadual perlawanan di atas adalah masih tertakluk kepada FMLLP.
Pasukan Kebangsaan dijadualkan menentang Lubnan pada 27 Mac 2018 dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia UAE 2019, dan Perlawanan Antarabangsa ‘A’ pada 31 Mac 2018 atau 1 April 2018.