FMLLP arah ‘live streaming’ dari Stadium Negeri dihentikan

Pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) malam tadi mengarahkan beberapa laman yang membuat siaran langsung secara atas talian (live streaming) berhenti serta merta.

Adalah difahamkan bahawa kejadian berlaku selepas FMLLP mendapati wujud dua sumber live streaming dilakukan secara haram dari Stadium Negeri ketika perlawanan Sarawak menentang T-Team.

Perkara tersebut telah mengakibatkan kedua-dua sumber diberi amaran untuk menghentikan siaran tersebut kerana ianya melanggar perjanjian hak exclusif yang dipegang FMLLP.

Untuk makluman,  FMLLP memegang secara eksklusif hak siaran perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Menurut sumber dalaman SarawakCrocs, tindakan menghentikan ‘live streaming’ tersebut terpaksa diambil kerana FMLLP telah menghubungi FAS ketika perlawanan sedang berlangsung.  Sumber sama memaklumkan bahawa pihak FMLLP akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ‘live streaming’ diteruskan dan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak akan didenda sekiranya didapati bersubahat melaksanakan ‘live streaming’ berkenaan.

Kes penghentian dan amaran berkenaan ‘live streaming’ ini bukanlah yang pertama selepas beberapa pasukan lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang, turut diberi amaran sama kerana membenarkan pihak selain yang dibenarkan FMLLP, membuat ‘live streaming’.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top