Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaysia gagal memanfaatkan banyak peluang di depan gol malam tadi dan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri menentang pasukan bolasepak Macau.

Macau yang dibarisi rata-rata pemain amateur jelas bukan lawan pasukan kebangsaan apabila mereka bermain secara bertahan sepanjang perlawanan dengan beberapa sahaja serangan balas pantas yang mudah diselamatkan penjaga gol Malaysia Mohd Idzham.

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee sememangnya bergerak pantas untuk mencari gol awal di dalam perlawanan tersebut namun rembatan Azrif Nasrulhaq tersasar jauh pada awal perlawanan.

Selang beberapa minit kemudian, Nazrin Nawi pula gagal menyempurnakan hantaran cantik dari Matthew Davies dan pada minit ke-38, Nazrin sekali lagi kecewa apabila rembatan padunya terkena palang gol.

Pada babak kedua, Ong Kim Swee telah memasukkan enam pemain baharu, namun kesemua pemain gantiannya, termasuk Amri Yahyah, Wan Zack Haikal dan Hafiz Kamal masih buntu mencari gol untuk lebih kurang 7,000 peminat Malaysia yang hadir di Stadium Hang Jebat sehingga masa penuh.

Malaysia 0-0 Macau

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey