FIFA tidak ada hubungi FAS, Posa salahkan Gillan

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais, dilaporkan telah memberi maklumbalas berkenaan permintaan bekas ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan yang mana meminta tunggakan gaji beliau dilangsaikan oleh pihak FAS.

Sebelum ini, Gillan mendakwa bahawa masalah tunggakan gaji beliau tersebut telah dibawa ke kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA menuut Gillan, telah meminta FAS melangsaikan tunggakan gaji yang dihutangkan kepada pada tahun lepas.

Dalam satu artikel di akhbar New Straits Times pula, Posa dipetik akhbar tersebut sebagai berkata bahawa pihak FAS tidak ada menerima sebarang notis dari FIFA.

Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa Posa turut mendakwa Gillan sebagai seorang yang tidak jujur.

Selain itu, Posa dalam artikel tersebut juga mendakwa bahawa FAS telah menulis kepada Gillan bahawa mereka akan membayar tunggakan gaji Gillan pada bulan ini.

“Kami mahu beliau ke sini (Sarawak), tetapi dia enggan.  Dia tidak jujur kerana dia tidak bekerja selama enam bulan ketika pasukan telah merehatkan beliau berikutan keputusan kurang memberangsangkan” kata Posa kepada New Straits Times

“Kami akan membuat bayaran apabila kami menerima peruntukan minggu ini. Dia telah dimaklumkan.

“Dia tidak sabar, tidak jujur dan merupakan jurulatih asing paling teruk yang pernah saya jumpa” kata Posa lagi kepada New Strait Times.

Gillan pula apabila dihubungi kami berkata beliau hanya mahukan bayaran tersebut dibuat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top