Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah menyatakan bahawa tidak akan wujud pasukan bolasepak kedua untuk Sarawak pada musim hadapan.
Ura-ura berkenaan kewujudan pasukan bolasepak kedua untuk Sarawak yang juga dikenali sebagai Sarawak II itu mula hadir pada penghujung musim bolasepak Sarawak tahun ini dengan sumber SarawakCrocs.com menyatakan bahawa pasukan tersebut mungkin berpusat di Miri.
Dalam menafikan berita tersebut, FAS menegaskan bahawa berita tersebut tidak benar dan hanya merupakan khabar angin.
Kemungkinan kewujudan dua pasukan untuk mewakili Sarawak pada musim hadapan mendapat reaksi pelbagai dari peminat dengan mereka rata-rata merasakan ianya baik untuk pembangunan bolasepak Sarawak.
Sumber: Borneo Post