FAS mungkin gantung PBBS ekoran tuduhan keatas Posa

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mungkin akan menggunakan perlembagaannya untuk menggantung Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan (PBBS).

Ini adalah ekoran tindakan Presiden PBBS Mohd Iskana Bujang mengkritik Posa Majais yang dianggap berlanggaran dengan Artikel 19 FAS.

Menurut laporan Utusan Borneo, Artikel 19 menetapkan “mana-mana ahli gabungan yang bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan FAS demi kepentingannya dan tidak selari dengan matlamat persatuan dan sukan bola sepak boleh dikenakan tindakan tatatertib.”

Keputusan menggantung PBBS akan dibuat pada mesyuarat Exco FAS yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Posa dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata PBBS akan diberi surat tunjuk sebab dan perlu menjawab surat tersebut dalam 14 hari.

Jika PBBS gagal menjawab surat tersebut, FAS akan mengambil tindakan menggantung PBBS.

Sebelum ini PBBS melalui presidennya telah lantang mengkritik Posa berkenaan cara FAS diuruskan.

Antara tuduhan yang dilemparkan adalah FAS tidak ditadbir mengikut perlembagaan.

Dalam kenyataan balas, Posa telah meminta PBBS mencerminkan diri dahulu dan mendakwa PBBS hanya mahu membantu ‘rakan penyangak’.

Tuduhan tersebut walaubagaimanapun telah dinafikan Iskana Bujang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top