Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akhirnya menjawab isu berkaitan Muamer Salibasic di dalam satu kenyataan panjang di laman rasmi Facebook FAS.
Menurut Pengarah Komersial FAS, Abang Abdul Rahman Abang Naim, Muamer sememangnya diberi peluang untuk mencuba nasib untuk slot pemain import, namun beliau gagal memikat barisan kejurulatihan Sarawak FA yang diterajui Ian Gillan.
Abang Abdul Rahman dalam pada itu memaklumkan bahawa “pihak pengurusan FAS tidak masuk campur di dalam urusan pemilihan pemain dan barisan kejurulatihan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk memilih pemain berdasarkan peruntukan kewangan yang ada.”
Beliau turut memohon maaf kepada peminat atas kegagalan Muamer memikat barisan jurulatih Sarawak FA di dalam kenyataannya.
Muamer sebelum ini telah melahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap FAS ekoran dimaklumkan bahawa FAS telahpun memuktamadkan senarai pemain import sebelum kehadiran beliau untuk sesi percubaan.