Seperti yang diketahui, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengambil alih Kelab Bolasepak Selangor United dan menjenama semula pasukan tersebut mejadi Sarawak United.

Menurut Malaysia Football League, Sarawak United akan memindahkan pusat pentadbirannya ke Kuching, dan ini sekaligus akan menjadikan pasukan tersebut pasukan ‘dari Sarawak’.

Dengan penjenamaan semula pasukan Selangor United kepada Sarawak United, FAS dijangka akan membuat perubahan drastik selaras dengan penjenamaan semula tersebut.

Secara umumnya pasukan Sarawak United dilihat sebagai satu langkah bagi FAS untuk ‘redeem themselves’ sekaligus mengetepikan semua tanggapan negatif yang menyelebungi FAS dan presidennya Posa Majais.

Di sini kami kupas dan beri jangkaan kami terhadap pasukan baharu yang akan bermain dengan menggunakan nama Sarawak ini.

WARNA RASMI SARAWAK UNITED

Warna rasmi Selangor United yang merupakan warna merah dan kuning akan pudar, dan ianya sudah pasti akan digantikan dengan warna yang lebih bersifat kenegerian kepada Sarawak, yakni bersifat Sarawak.

Ini dilihat selaras dengan hasrat FAS mahukan peminat bola sepak Sarawak memiliki semangat kepunyaan terhadap pasukan yang baru sahaja dimiliki FAS itu.

Kami menjangkakan warna rasmi pasukan Sarawak United akan menyaksikan warna merah, hitam dan kuning memainkan peranan yang amat besar di dalam pasukan baharu ini.

Dalam pada itu, kami menjangkakan Sarawak United akan terus meggunakan warna merah sebagai warna asas kepada pasukan tersebut.

MASKOT SARAWAK UNITED

Sebelum ini, Selangor United tidak memiliki sebarang maskot dan lebih terarah kepada menggunakan warna rasminya sebagai jenama utama pasukan.

Adalah dilihat FAS amat suka akan sesuatu yang gah dalam kebelakangan ini, jadi kami merasakan bahawa Sarawak United akan memiliki maskot sendiri.

Pada hemah kami, ada kemungkinan buaya akan dijadikan maskot Sarawak United memandangkan kami merasakan FAS sebenarnya mempunyai perancangan untuk hanya menghantar satu pasukan bola sepak ke Liga Profesional pada masa hadapan.

Ini bermakna, pasukan Sarawak FA yag akan bermain di Liga M3 akan kemungkinan menjadi pasukan ‘feeder’ kepada Sarawak United pada musim hadapan.

LOGO SARAWAK UNITED

Yang pasti, logo Selangor United akan ditukar oleh FAS agar ianya lebih menarik dan original.

Sarawak United pasti akan mempamerkan satu logo yang menarik kerana kebanyakan pasukan amatur di Liga M3 sudahpun memiliki logo yang menarik.

Malahan, logo Selangor United juga sebenarnya tidak ‘ buruk’. Cuma yang diharapkan oleh peminat bole sepak Sarawak adalah logo Sarawak United tidak kebudak-budakkan dan tidak meniru logo mana-mana pasukan lain.

PASUKAN SARAWAK UNITED

Buat masa ini, tidak banyak yang diperkatakan oleh pihak FAS berkenaan barisan jurulatih dan pemain Sarawak United.

Posa Majais yang sebelum ini amat lantang dan suka membuat kenyataan media dilihat semakin menyepi, khususnya pada 2019.

Gambar beliau bersama pasukan Sarawak FA juga tidak banyak dikeluarkan, dengan kebanyakan gambar beliau hanya timbul apabila bersama pasukan harimau Malaya.

Sungguhpun demikian, Posa sebelum ini ada menjelaskan bahawa FAS mahu Selangor United ke Liga Super pada 2021, sekaligus membayangkan bahawa pasukan ini bakal diwarnai pemain baharu.

Yang pasti, salah seorang daripada pemain tersebut adalah Ashri Chuchu.

Buat masa ini, hakikatnya Sarawak United adalah satu pasukan misteri di Liga Malaysia, namun seperti yang kami maklumkan diatas, lebih banyak maklumat dijangka akan diketahui sebelum tahun ini berakhir.