FAS dapat pembeli pas Platinum pertama musim ini

Syarikat jualan ice cream gula apong tempatan terkenal di Kuching, DP Ice Cream Gula Apong dilaporkan akan mengiklankan produk dan jenama mereka dalam dua perlawanan home di Stadium Negeri.

Pengiklanan tersebut akan menggunakan papan iklan digital yang akan digunakan menjelang perlawanan pertama di Stadium Negeri menentang Pahang sabtu ini.

Memetik laporan dari Borneo Post, Pengarah eksekutif DP Ice cream gula apong Datuk Paruwadi Musa turut membeli 10 pas bermusim platinum yang bernilai RM3,000 setiap satu sebagai tanda sokongannya terhadap pasukan Sarawak musim ini.

Timbalan Presiden  merangkap Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan turut menyeru lebih ramai syarikat tempatan untuk bersama sama menaja dan mengiklankan produk dan jenama mereka di Stadium Negeri sebagai langkah untuk menambah dana persatuan.

Selain DP Gula Apong, Sarawak FA juga ditaja oleh Sarawak Energy, LSC dan beberapa syarikat tempatan lain.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top