Dalam kenyataan terbaharu Pengarah Komersial FAS, Abang Abdul Rahman Abang Naim, beliau dipetik menyebut bahawa beliau akan berhenti membuat kenyataan rasmi di laman Facebook Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Menurut Abang Abdul Rahman, beliau dinasihatkan berbuat demikian oleh pihak atasan pengurusan FAS.
Dalam kenyataan panjang Abang Abdul Rahman yang dibuat di dalam Bahasa Melayu Sarawak, beliau memaklumkan bahawa kenyataan terbaharu beliau merupakan kali ketiga beliau memberi kenyataan di Facebook rasmi FAS, namun ianya merupakan kali terakhir beliau akan berbuat demikian.
Buat masa ini, adalah tidak diketahui mengapa beliau dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan oleh pihak atasan FAS, namun komen-komen pedas telah dilemparkan pihak peminat di bawah kenyataan beliau itu.
Untuk rekod, FAS telah lama memiliki laman Facebok rasmi, namun hanya aktif menggunakannya sejak beberapa bulan lalu.