Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais akhirnya bersuara berhubung pelepasan Mazwandy Zakeria dan Hafiz Abu Bakar dari tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan juga dakwaan mengatur perlawanan yang dikaitkan dengan kedua-dua pemain.

Menurut Posa, beliau akur dengan keputusan SPRM dan mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan mahupun memohon maaf kerana beliau hanya menjalankan amanah sebagai Presiden FAS, yang mana merupakan jawatan yang tidak ingin dipegang mana-mana individu sebelum ini.

Tambah Posa, FAS tidak akan berkompromi dengan gejala mengatur perlawanan dan rasuah, dan FAS akan terus menyiasat dakwaan rasuah sekiranya ianya ada dibuat sambil menyatakan bahawa beliau sanggup ‘berjalan sendirian’ sekiranya perlu, walaupun tindakan sedemikian mungin dianggap tidak popular.

Posa dalam pada itu juga menegaskan bahawa FAS tidak pernah menganiaya pemain memandangkan pemain yang terlibat tidak dinamakan oleh FAS.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa FAS cuba menggunakan alasan ‘mengatur perlawanan’ sebagai satu jalan keluar untuk menutup kegagalan pengurusan.

Posa dalam pada itu melahirkan rasa kesyukuran bahawa dua pemain Sarawak FA telah dibersihkan dari dakwaan mengatur perlawanan dan beliau akan berjumpa dengan kedua-dua pemain di dalam masa terdekat.

Untuk membaca kenyataan penuh Posa, anda boleh ke sini.

 

48 COMMENTS

  1. tuan presiden bukan owner team sarawak.. sila singkirkan orang yang membuat tuduhan palsu..Maruah player tercalar bukan nyaman Tuan Presiden oi tangan bergari check in 6 ari viral di seluruh ASEAN

  2. Sebab tu dulu saya pernah kata….dalam pasukan sarawak,sekiranya pengurusan x bagus begini la jadinya…sampai bila bila pon team sarawak ni xkan ke hadapan…apabila bercakap depan peminat,bukan main lagi.

  3. Jangan lupa..dana dari gomen negeri berjuta tiap tahun..berita terbaru sebelom tok, FAM dan FMLLP bakal mengagihkan duit lebih 30 juta ringgit hak penyiaran kepada pasukan2 dalam liga malaysia mengikut level liga masing2…come on lah…sapa xmok?

  4. sarawak tahun tok xda target utk kembali ke liga super.. cukup sekadar melengkapkan jadual liga premier n stay di liga premier.. mun silap aribulan,turun liga fam.. hahaha..
    #kuchingfaboksteady
    #kuchinggedonggatorboksteady

  5. Kalau orang tak suka Posa majais jadi presiden fas dengan hormatnya dipersilakan letak jawatan lagi orang meluat sepatutnya Ketua Menteri Sarawak terajui Presiden FAS boleh membangunkan bola sepak Sarawak macam tahun 90-an Stadium masih pakai Stadium Petra Jaya sepatutnya pasukan Sarawak guna Stadium Sarawak, Kuching

  6. Sapa2 yg komen nyuruh Presiden FAS n exco letak jawatan tlg calon kan nama nama org yg maok jadi Presiden FAS n exco. Jgn nk kondem jak. Bekokok sik berisik. Mun ada nama urg yg maok neraju FAS calon kan. Jgn komen sebarangan. Mun dpt nulong carik sponsor tlg ator juak jgn bekokok tekiak kaong dlm tok ajak.
    #peacenowar
    #sarawaktanahairku

Comments are closed.