FAS akui terpaksa menerima pengunduran David Usop

KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais hari ini dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa pihaknya terpaksa menerima pengunduran David Usop selaku ketua jurulatih pasukan Sarawak FA.

Menurut Posa, FAS sememangnya berat hati untuk menerima permintaan David, namun memahami bahawa David tertekan ekoran prestasi pasukan yang dibimbingnya.

Di pihak FAS, Posa menyatakan bahawa persatuan juga merasai tekanan sama, dan akhirnya terpaksa menerima pengunduran David selaku ketua jurulatih bagi meredakan keadaan dan mengembalikan semula keyakinan peminat kepada pasukan.

Posa dalam pada itu turut melahirkan ucapan terima kasih beliau kepada David atas usaha beliau terhadap pasukan dan FAS, dan berharap penyokong akan terus menyokong pasukan Sarawak FA. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top