FAM benarkan 4 pemain import bagi 2014

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya akur dengan kehendak beberapa pasukan Liga Malaysia apabila memutuskan bahawa setiap pasukan yang bermain di dalam liga domestik peringkat Liga Perdana dan Liga Super kelolaannya boleh mengambil maksima empat pemain import.

Antara syarat yang dikenakan oleh FAM adalah bahawa salah seorang pemain import tersebut mestilah dari negara Asia, yang mana pemain yang berasal dari negara Asia tersebut haruslah sedang bermain dengan pasukaan kebangsaan beliau, atau bermain di liga terbaik negaranya.

Syarat lain berkenaan peraturan baru ini pula adalah jangka masa permainan pemain import ke-empat tersebut, dimana hanya tiga dari pemain tersebut boleh disenaraikan sebagai pemain kesebelasan utama, manakala pemain ke-empat harus diletakkan sebagai pemain simpanan dan tidak dibenarkan bermain semasa perlwanan di dalam Liga Malaysia.

Berita tersebut hampir pasti mengembirakan pasukan-pasukan yang kaya seperti Kelantan FA, Selangor FA dan JDT, yang mana sebelum ini telah acap kali menyatakan keinginan untuk menambah bilangan pemain import dari tiga kepada empat.

Dalam pada itu, FAM juga memutuskan bahawa perlawanan Piala Sumbangsih, yang menandakan bermulanya musim baru bolasepak Malaysia, akan dimainkan di Stadium Kuantan, Pahang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top