FA Serian sokong Datuk Posa sebagai Presiden, tidak mahu jawatan dipertandingkan

Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (SFA) minggu lepas telah menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais.

Sokongan tersebut dibuat melalui kenyataan presidennya Phillip Jabu yang dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa Posa banyak berkorban demi bolasepak Sarawak dan beliau tidak mempunyai masalah untuk menyokong secara penuh usul bagi mengekalkan jawatan presiden FAS bagi musim akan datang.

Phillip juga dipetik sebagai berkata bahawa Posa telah banyak membawa pembaharuan dan pendekatan baharu di dalam usaha beliau mentransformasikan FAS sejak mengambil alih tampuk kepimpinan badan induk bolasepak Sarawak itu.

Dalam pada itu, Phillip juga menyatakan bahawa beliau percaya banyak lagi idea akan diperkenalkan Posa pada musim hadapan, dan beliau berharap bahawa jawatan Presiden tidak akan dipertandingkan pada Mesyuarat Agung FAS kelak.

Untuk makluman, FAS akan mengadakan Mesyuarat Agung di Limbang pada 27 Oktober ini. – cldn

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top