EPL: Pemain Chelsea sertai Brighton & Hove Albion

Pemain muda berumur 20 tahun Chelsea, Izzy Brown telah bersetuju menyertai kelab bolasepak Brighton & Hove Albion secara pinjaman.

Menurut laman web rasmi Chelsea, Brown telahpun menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Chelsea, dan beliau pernah bermain bersama kelab bolasepak Huddersfield Town pada musim lepas, yang mana menyaksikan kelab tersebut berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Pengurus Brighton, Chris Hughton dilaporkan berkata bahawa Brown adalah seorang pemain yang amat berpotensi dan beliau (houhton) merasakan Brown akan memberi dimensi berbeza kepada kaedah serangan pasukan beliau.

Brown sebelum ini pernah mencipta sejarah sebagai pemain kedua termuda bermain di EPL, apabila beliau diturunkan sebagai pemain gantian pada usia 16 tahun ketika perlawanan West Bromwich Albion menentang Wigan Athletic pada Mei 2013.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top