Home Malaysian football EPL: Burnley ikat pemain berumur 32 tahun untuk dua tahun

EPL: Burnley ikat pemain berumur 32 tahun untuk dua tahun

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Burnley telah berjaya mengikat pemain pertahanan Phil Bardsley, sekaligus menjadi pemain kedua berpindah dari Stoke City ke Burnley pada musim hadapan.

Menurut laman web rasmi Burnley, Bardsley telah mengikat kontrak selama dua tahun dan merupakan pemain ke-4 menyertai Burnley pada jendela perpindahan kali ini.

Bardsley dalam pada itu sudah menyatakan beliau amat teruja untuk menyertai Burnley sambil mengatakan bahawa kelab baharunya mempunyai cita-cita yang betul, dan ini disokong oleh pengurus dan kumpulan pemain yang hebat.

Berusia 32 tahun, Bardsley pernah menjadi pemain pinjaman kepada Burnley pada tahun 2006, dan pernah bermain juga untuk kelab Manchester United, Aston Villa, Sunderland dan Stoke City.

RECOMENDED LINKS:


1 COMMENT

Comments are closed.