Home English Football Sheffield United ikat dua pemain baharu

Sheffield United ikat dua pemain baharu

Kelab Liga Perdana Inggeris, Sheffield United telah mengesahkan kehadiran dua pemain baharu.

Kelab yang mendapat gelaran ‘The Blades’ itu membawa masuk Anis Slimane dan Yasser Larouci untuk musim akan datang.

Slimane merupakan pemain tengah berumur 22 tahun yang berpindah masuk dari kelab Denmark, Brondby.

Beliau akan mengenakan jersi bernombor 25 dan merupakan pemain kelahiran Tunisia.

Larouci pula merupakan pemain pertahanan dari pasukan bawah 21 tahun Perancis yang pernah bemain dengan pasukan Liverpool.

Larouci dilahirkan di Algeria, dan memulakan karier beliau di Le Harve sebelum menyertai Liverpool pada 2017.

Di Liverpool, beliau telah bermain untuk pasukan bawah 18 dan 21 tahun kelab tersebut.

RECOMENDED LINKS: