Pasukan West Ham United telah melengkapkan perpindahan penyerang Javier Hernandez dari Bayer Leverkusen.
Pemain berasal dari Mexico itu telah bersetuju untuk menyertai kelab bolasepak London itu dengan tawaran kontrak selama tiga tahun yang bernilai berjumlah £16 juta.
Berumur 29-tahun, Hernandez merupakan pemain ke-4 yang dibawa masuk ke The Hammers, selepas kelab tersebut mengesahkan perpindahan masuk Pablo Zabaleta dan Joe Hart (Manchester City) dan Marko Arnautovic dari Stoke City.
Hernandez dalam pada itu teruja dapat kembali ke Liga Perdana Inggeris yang beliau ibaratkan sebagai ‘Liga terbaik dunia’.
Pemain yang mendapat nama timangan ‘Chicharito’ itu pernah bermain bersama pasukan Manchester United sebelum ini dimana beliau menjaringkan 37 gol dan telah menjulang Liga Perdana Inggeris dua kali.