Home BERITA BOLASEPAK Liga Super: Sarawak FA masih ada harapan

Liga Super: Sarawak FA masih ada harapan

Pasukan Bujang Senang yang tewas kepada pasukan PKNS FC di dalam Liga Super hujung minggu lepas masih boleh menyelamatkan diri dari tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.

Ini adalah kerana pasukan bimbingan Pengiran Bala itu kini masih di kedudukan ke-10 Liga Super, dua mata di atas Melaka United yang turut tewas pada perlawanan minggu sama, tetapi kepada pasukan Pahang FA.

Sarawak FA dalam pada itu mempunyai peluang terbaik untuk mencerahkan peluang kekal di Liga Super dengan memungut mata penuh pada perlawanan Rabu ini, apabila mereka bertandang ke bandar bersejarah Melaka untuk bertemu Melaka United.

Keputusan seri menentang Melaka United akan terus menyebabkan Sarawak dibelenggu kemungkinan tersingkir ke Liga Premier musim hadapan, manakala kekalahan akan memastikan Sarawak FA hampir pasti turun ke Liga Premier pada tahun 2018.

Ini adalah ekoran lawan yang menanti selepas perlawanan tersebut adalah jauh lebih kuat dari Sarawak FA.

Apapun, kita harapkan yang terbaik dari pasukan bimbingan Pengiran Bala.

Previous articleLiga Super: Misi wajib menang bagi Sarawak FA malam ini
Next articleEPL: Javier Hernandez sertai West Ham United

44 COMMENTS

  1. Swak selalu mengunakan hantaran jauh, itu menyebabkan swak hantaran kurang tepat, Saya arap selepas ini tak alasan lagi, sekurang -kurang 3 perlawanan mesti menang, kalau tak swak akan jatuh ke Liga perdana.

  2. Harapan menjadi kenyataan bila semua player anak jati sarawak dlm team sarawak (thn dpn) seperti apa yg sidak maok n FAS dpt berjimat cermat ………iboh malu main dlm liga perdana thn dgn semua player yg asal dari Sarawak………sia kita nak nangga, sine kemampuan kita….

  3. Tahniah…lwn melaka hancus…selamat kembali ke liga perdana…entah bila masuk liga super gk lak

Comments are closed.