Ketua jurulatih Sarawak United merasakan bahawa jarinagn kemenangan pasukannya ke atas Sri Pahang adalah satu jaringan nasib.
Beliau yang mengulas berkenaan perlawanan tersebut selepas perlawanan, menyifatkan pasukan Sri Pahang sebagai pasukan yang lebih baik pada perlawanan tersebut.
Beliau juga mengakui bahawa jaringan awal Sri Pahang turut mengejutkan pemainnya.
“Saya rasa Pahang lebih baik dari kami. Kami terkejut dengan gol awal mereka. Gol saat akhir tu adalah gol nasib bagi kami.” jelas Elavarasan dalam sidang media selepas perlawanan.
Elavarasan juga menyatakan Sarawak United agak tenggelam pada awal perlawanan, namun gol awal dari Sri Pahang seperti telah menaikkan semangat pemainnya.
“Mungkin gol awal Pahang itu memberi motivasi untuk pemain berjuang.” jelasnya.
>> PROMOSI JERSI SARAWAK UNITED. DISKAUN HUJUNG MUSIM
Pada babak kedua, Elavarasan mengakui bahawa Sri Pahang hadir sebagai pasukan yang lebih baik dan pemain beliau telah bertahan dengan banyak.
Beliau menjelaskan bahawa pasukannya tidak mahu kehilangan mata dan telah bertindak memperketatkan pertahanan bagi memastikan pasukannya tidak pulang hampa.
Sungguhpun demikian, Elavarasan menjelaskan bahawa satu serangan pada saat akhir perlawanan itu menjadi.
“Pada babak kedua, Pahang menguasai perlawanan dan kita dari satu serangan yang menjadi kita dapat menjaringkan gol itu.
” Mungkin bila kita dah menyamakan kedudukan, kita dah tak mahu kalah, jadi lebih baik kita bertahan dahulu.” jelas Elavarasan lagi.
Sarawak United berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang malam tadi.
Sri Pahang pula tersingkir dari saingan Piala Malaysia ekoran kekalahan mengejut malam tadi kepada Sarawak United.