Sabah FC dalam minggu ini telah menganjurkan pertandingan mencipta logo rasmi kelab tersebut dengan pertadingan berakhir pada 23 November ini.

Pertandingan yang hanya menawarkan hadiah tunai RM500 itu walaubagaimanapun mendapat sambutan baik di kalangan peminat Sabah.

Pada pemerhatian kami, pilihan – pilihan yang ada sememangnya amat menarik dan cantik dan bersesuaian dengan sebuah kelab bola sepak profesional.

Jika diperhatikan, rata – rata logo yang dicipta peminat Sabah memiliki Gunung Kinabalu di dalam logo ciptaan mereka, dengan kebanyakan logo kena kepada tradisi pasukan Sabah.

Tindakan Sabah FC meletakkan syarat logo haruslah bersifat Sabah dan menggunakan warna bendera Sabah juga kami suka kerana ia memastikan identiti pasukan Borneo Malaysia itu tetap membara dan hadir di dalam pasukan yang telah dijenama semula itu.

Malahan, tindakan pereka logo yang juga tidak mahu logo mereka terlalu sama dengan logo Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) pasti akan memudahkan peminat mengenalpasti perbezaan antara pasukan Sabah FC dan SAFA kelak.

Dalam pada itu, enam logo dibawah kami anggap antara yang terbaik dalam koleksi yang dipamerkan, dengan logo kanan bawah (bulat) menjadi pilihan utama kami.

Enam pilihan logo yang kami suka

Adalah difahamkan peminat Sabah hanya mempunyai sehingga 23 November untuk mengundi logo pilihan mereka yang akan menjadi logo rasmi pasukan Sang Badak.

Jika anda ingin melihat koleksi logo – logo yang telah dicipta, atau mahu terlibat dalam proses pengundian, anda boleh di pautan ini.